💡Strategi bagi memastikan tuisyen dalam talian lebih efektif.
Dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berstruktur, menarik minat pelajar dan menggunakan teknologi dengan berkesan antara faktor utama sejauh mana keberkesanan tuisyen dalam talian.
Di sini, kami kongsikan sedikit tip buat semua pihak bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian lebih berkesan.
A) 👩🏫Untuk ibu bapa & pelajar:
1. Penggunaan teknologi: Gunakan aplikasi persidangan video yang bersesuaian dan pastikan rumah mempunyai akses internet yang stabil. Elakkan penggunaan sambungkan hotspot atau data. Jalur lebar (WiFi) sangat digalakkan.
2. Mengawal gangguan: Pastikan ruang pembelajaran yang kondusif buat anak dan perhatikan tahap fokus anak dari masa ke masa.
3. Cukup rehat: Pastikan pelajar dapat rehat yang mencukupi sebelum kelas tuisyen dimulakan agar kesegaran badan dan kecerdasan otak dapat dikekalkan.
4. Sistem sokongan: Wujudkan suasana keluarga yang positif lagi harmoni bagi memastikan pelajar dapat mengekalkan momentum dan menumbuhkan minat dalam akademik.
B) 🔍Persiapan dan tanggung jawab pihak guru dan pengurusan:
1. Pembelajaran Aktif: Galakkan penyertaan aktif melalui soalan, perbincangan, dan aktiviti interaktif dengan para pelajar. Hal ini sangat penting bagi memastikan daya penyertaan setiap pelajar dalam kelas.
Semua ini dapat dilakukan dengan adanya teknologi ‘Learning Management System’ (LMS).
2. Latih tubi dan tugasan: Para guru digalakkan membuat latih tubi dan memberikan tugasan untuk disiapkan oleh para pelajar. Rutin sebegini sangat penting bagi memastikan pelajar lebih memahami dengan mendalam bagi setiap topik yang telah dipelajari.
3. Komunikasi: Sentiasa terbuka dengan komunikasi antara para pelajar. Tidak mudah kecil hati dengan sebarang cadangan untuk penambahbaikan.
C)🎯Tanggung jawab bersama guru dan waris:
1. Tetapkan matlamat yang jelas:
Ibu bapa dan guru harus tetapkan matlamat yang realistik yang boleh dicapai oleh pelajar pada tahun tersebut.
Matlamat ini harus dipersetujui oleh pelajar terlebih dahuli.
2. Persediaan prasesi: Kelengkapan peranti gajet yang bersesuaian seperti Tablet, iPad atau komputer riba. Pastikan sambungan Internet yang stabil di rumah.
3. Sesi susulan: Hantar ringkasan pelajaran yang di sampaikan dan laporan berkala supaya semua tahu pencapaian murid berkenaan.
Persediaan yang tepat akan memastikan anak-anak dapat manfaat sepenuhnya dari kelas yang diikuti.