E-mel Rasmi 1_MY

Sewaktu melungsuri lelaman sosial Twitter, kamu dapati sekumpulan pelajar nakal dari sekolah kamu memburuk-burukkan nama seorang teman sekelas kamu. Mereka juga telah menyebarkan gosip-gosip liar tentang teman kamu itu. Hal ini disebabkan oleh ketidakpuasan mereka terhadap teman kamu yang tidak mahu lagi bergaul dengan mereka.

 

Tulis e-mel kepada guru disiplin sekolah kamu untuk menceritakan kejadian tersebut. Dalam e-mel kamu, sarankan juga beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan peristiwa ini tidak berulang lagi.

 

Kamu dikehendaki menggunakan alamat e-mel yang berikut:

Alamat pengirim: lailamajnun@sekmenintanbaiduri.com

Alamat penerima: gurudisiplin@sekmenintanbaiduri.com