E-mel Rasmi 2_MY
Kamu merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang kini lebih berdisiplin dan berjaya meningkatkan pencapaian kamu di dalam peperiksaan. Kamu ingin mencalonkan seorang guru sekolah kamu untuk Anugerah Presiden bagi guru-guru kerana sumbangan beliau terhadap pembentukan sahsiah diri serta pembelajaran para pelajar.
Tulis sebuah e-mel kepada Kementerian Pendidikan untuk mencalonkan guru tersebut. Pencalonan kamu perlu disertakan dengan butir-butir tentang diri guru tersebut serta usaha-usaha yang beliau telah lakukan untuk sekolah kamu serta para pelajarnya.
Kamu dikehendaki menggunakan alamat e-mel yang berikut:
Alamat pengirim: raihana@gmail.com
Alamat penerima : MOE_Academy@moe.gov.sg
