F1 W44 Subjektif : Penyuntingan
Arahan:Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Sekali kita gagal tidak bererti kita kalah. Jadikanlah (6) gagal itu sebagai satu cabaran hidup. Setiap kali kita gagal, kita harus bangkit dan mencuba untuk mengatasi kegagalan itu. Jangan biarkan kegagalan itu mematahkan semangat kita (7) jika terus maju.
Seorang pelajar yang kecundang dalam pelajaran tidak boleh berputus asa. Mereka sepatutnya mencari (8) akibat bagi kegagalan tersebut. Namun ada sebilangan daripada pelajar ini yang menganggap diri mereka bebal hanya kerana mereka gagal dalam pelajaran. (9) Tanggap sedemikian harus dikikis. Pelajar yang mempunyai fikiran sebegitu akan hilang keyakinan diri. Apabila ini berlaku mereka akan mengalami kesukaran untuk bangkit semula. Malah ada di antara mereka yang membiarkan kegagalan ini terus (10) larut.
Oleh kerana tidak mahu terus dihantui oleh perasaan rendah diri terhadap rakan-rakan, ada pelajar yang mengambil keputusan untuk meninggalkan bangku sekolah.
