Golongan Kata 13_MY Copy
Beberapa langkah asas perlu diambil sebelum berlakunya banjir. Kita (1)_____ menyimpan bekalan air bersih secukupnya dan pastikan tidak dicemari air banjir. Kita juga perlu menyimpan bekalan makanan yang cukup seperti makanan kering atau di dalam tin untuk keperluan semasa banjir.
Selain itu, semua dokumen penting termasuk kad pengenalan diri, kewangan, harta dan geran tanah harus disimpan di dalam plastik kalis air. Pastikan kita (2)_____ menutup suis-suis utama (3)_____ bersedia untuk mematikan bekalan elektrik, air serta gas jika diberi amaran banjir. Ketua keluarga harus memastikan semua ahli keluarga berada bersama-sama dan bersedia (4)_____ berpindah sama ada dengan kenderaan sendiri (5)_____ kenderaan penyelamat. Yang paling penting, ikutlah laluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa semasa berpindah. (6)_____ ingkar dengan sebarang arahan yang diberikan.
