Golongan Kata 13_MY Copy

abang / bosan / cikgu / kerana / membina / membuat / oleh / permainan / sepak takraw / suka

Setiap cuti sekolah, Sani akan menziarahi datuk dan neneknya di sebuah kampung di Malaysia. Sani (1)_____ menziarahi mereka kerana dia dapat bermain (2)_____ tradisional yang dia gemari. Sani gemar bermain gasing dan congkak. Dia juga gemar bermain tarik upih bersama (3)______ dan kakak saudaranya di sana.

Cuti sekolah kali ini lebih dinanti-nantikannya (4)_____ datuk Sani sudah berjanji untuk mengajarnya (5)_____ dan bermain layang-layang. Sani sudah siap mengemas begnya untuk pulang ke kampung. Dia tidak sabar mahu berjumpa datuk dan nenek yang dirinduinya.