Kefahaman Objektif 3_MY Copy

2 Stanley Drive, Hideaway Bay

4800 Queensland,

Australia

 

Kepada Ain,

Salam sejahtera kawanku Ain yang berada di Australia. Apa khabar kamu di sana?

Surat kamu tempoh hari telah selamat saya terima. Terima Kasih kerana menulis surat untuk saya. Semenjak kamu berpindah ke Australia, saya berasa sangat rindu akan gelak tawa kamu.

 

Bagaimankah dengan sekolah kamu? Saya berharap agar kamu mendapat kawan yang ramai di sekolah baharu. Cikgu Afiqah, guru kelas kita akan berpindah mengikut suaminya yang bertugas di Dubai. Sekarang, Cikgu Faris adalah pengganti guru kelas kami. Cikgu Faris baik dan kelakar orangnya. Jadi awak jangan risau!

Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan salam saya buat keluarga kamu di sana.

Daripada Sahabatmu,

Suzana