Kosa Kata 1
| dikempeskan | kaya | melegakan |
| mententeramkan | oleh | risiko |
| selain | seperti |
Halia sejenis herba yang sering digunakan dalam masakan orang Melayu. Malahan, halia juga terkenal dengan penggunaannya dalam bidang perubatan (11) __________ melancarkan proses penghadaman, membuang angin dalam badan, (12) __________ kekejangan perut, cirit-birit atau pening kepala. Hal ini demikian kerana halia (13) __________ dengan kandungan gingerol iaitu sejenis bahan yang membuat rasanya pedas. (14) __________ itu, halia turut memiliki ciri antiradang. Maka, tabiat meminum secawan teh halia setiap hari dipercayai dapat membantu seseorang mencegah (15) __________ angin ahmar, mengurangkan kadar kolesterol dan serangan jantung. Namun yang demikian, seseorang itu tidak digalakkan untuk memakan terlalu banyak halia kerana ini boleh mengakibatkan masalah pedih ulu hati atau heartburn.
