Peribahasa 11_MY Copy
Kamal tidak sabar hendak menunjukkan keputusan ujian PSLEnya kepada ibu bapanya. Tidak sia-sia dia (1) bekerja keras bermatian-matianselama ini. Dia berjaya meraih markah cemerlang.
Ibu bapanya merupakan (2) sumber kekuatan Kamal selama ini. Mereka akan sentiasa berada di sisinya semasa dia belajar. Mereka tidak putus-putus memberikan dia galakan dan sokongan. Walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi, mereka amat (3) memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran Kamal. Mereka sering menasihatinya agar memberikan tumpuan di dalam kelas dan rajin mengulang kaji pelajaran.
Kamal yang (4) tajam ingatan itu sentiasa mengingati kata-kata ibu bapanya. Dia sudah bertekad untuk terus berusaha demi mencapai kejayaan, Dia juga sudah menanamkan hasrat untuk membanggakan mereka dan menjaga mereka apabila dia dewasa kelak. Bagi Kamal, seorang nak itu tidak boleh bersikap (5) seperti kacang lupajan kulit. Tanpa pengorbanan ibu bapanya, dia pasti tidak akan berjaya.
