Peribahasa 12

Afifah merupakan pelajar contoh di sekolahnya. Meskipun Afifah berasal daripada keluarga yang berada, dia tidak pernah sombong. Afifah (16) disayangi oleh rakan-rakannya kerana dia sentiasa merendah diri dalam tutur kata dan perbuatannya.  Selaku seorang ketua pelajar, sentiasa (17) bermuafakat dalam menyelesaikan projeknya bersama rakan-rakan yang lain supaya susah senang boleh dilalui bersama-sama.

 

Ayahnya, Encik Danish, sering menasihati anaknya agar bersikap (18) rendah diri walaupun mendapat jawatan ketua pelajar dan dinobatkan pelajar contoh di sekolahnya. Encik Danish dan isterinya sentiasa memastikan mereka boleh menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak mereka kerana Encik Danish percaya (19) tiada guna menasihati dan memperbetulkan kesilapan orang lain kalau kelakuan sendiri tidak sesuai dengan apa yang dinasihatkan mereka.

 

Setiap bulan, Encik Danish sekeluarga akan meluangkan masa dan menjadi sukarelawan di sebuah rumah tumpangan orang-orang tua. Encik Danish berpegang pada prinsip (20) kehidupan di dunia haruslah digunakan untuk berjasa kepada orang lain dan berbuat baik untuk diri sendiri. Encik Danish ingin menerapkan sifat bertanggung jawab terhadap orang lain dan keikhsanan dalam jiwa anak-anaknya.