Peribahasa 14

Amran seorang pelajar yang patut dicontohi. Walaupun dilahirkan tanpa tangan kanan, kekurangan itu tidak pernah menghalangnya daripada mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang  jurutera. Tambahan pula, Amran dikenali oleh gurunya sebagai seorang yang (16) cerdik dan rajin. Semasa di menara gading, dia menghadapi pelbagai kesukaran untuk melengkapkan projeknya. Namun, dia percaya bahawa (17) membuat sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan. Ibu bapa Amran merupakan usahawan yang berjaya. Oleh kerana keadaan fizikalnya, Amran (18) sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna oleh ibu bapanya. Amran telah membesar sebagai seorang dewasa yang bertanggungjawab dan berkeyakinan. Dia selalu berpegang kepada pesanan ibu bapanya untuk sentiasa (19) merendah diri  dalam percakapan dan perbuatan supaya selamat dalam hidup.  Cikgu Samad, guru Amran semasa di menara gading amat bangga dengan kejayaan Amran. Cikgu Samad merasakan bahawa Amran seorang yang (20) semakin merendahkan diri walaupun dia semakin berilmu dan tinggi pangkatnya. Cikgu Samad selalu menggunakan Amran sebagai contoh kepada pelajarnya yang lain apabila memberikan nasihat kepada mereka.