Peribahasa 14_MY Copy
Sahlan akan menduduki peperiksaan peringkat ‘O’ pada tahun ini. Sahlan merupakan anak sulung dalam keluarganya. lbu bapa Sahlan sangat berharap dia meraih keputusan yang cemerlang. Mereka yakin Sahlan akan berjaya kerana dia seorang anak yang (1) rajin bekerja.
Namun Sahlan tidak begitu yakin. Dia berasa agak tertekan kerana subjek-subjek yang diambilnya agak mencabar. Dia tahu dia harus (2) berusaha untuk mencapai supaya dapat memenuhi harapan ibu dan bapanya. Sahlan tidak mahu membuang masa kerana (3) tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Dia menyiapkan jadual waktu harian supaya dapat menyusun aktiviti hariannya. Sahlan (4) cepat menerima pelajaran setiap hari.
lbu bapanya sering (5) memberi perhatian kepada Sahlan. Mereka memastikan Sahlan mendapat rehat yang mencukupi, makanan yang berkhasiat bahkan menyiapkan kamar belajar yang selesa untuknya. Mereka ingin pastikan Sahlan dapat belajar dalam keadaan yang baik.
