Peribahasa 2_MY Copy
Murid-murid di Sekolah Rendah Edgefield digalakkan melakukan kerja kemasyarakatan. Namun, Rizal tidak suka melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Dia memberi (1) kata putus kepada Cikgu Fi rah bahawa dia tidak akan menyertai aktiviti tersebut. Kawan-kawannya yang lain pula sibuk memikirkan tentang hadiah yang hendak dibawa kerana mereka tidak mahu ke sana dengan (2) tangan kosong. Pada suatu hari, kelas Rizal telah dipilih untuk melawat Rumah Anak-Anak Yatim ‘Riang.’ Kedatangan Rizal dan kawan-kawannya disambut dengan (3) tangan terbuka. Namun, lawatan tersebut telah membuka mata Rizal. Barulah dia sedar bahawa melakukan kerja-kerja kemasyarakatan bukanlah (4) bagai menghitung bulu kambing. Kini, Rizal menjadi sukarelawan di sana. Dia suka melihat kehidupan anak-anak yatim yang (5) bagai aur dengan tebing. Banyak yang telah dipelajarinya di sana.
