Peribahasa 7
Sewaktu menunggu penggal baharu persekolahan bermula, Lisa telah menghabiskan banyak masa senggangnya bersama kawan-kawan. Ibunya, Mak Leha telah menasihati Lisa supaya menggunakan masanya dengan (16) melakukan perkara-perkara yang berfaedah sementara menunggu apa yang baik, Lisa, yang tidak pernah membantah kata-kata ibunya, (17) mendengar nasihat yang baik itu lalu menyatakan hasrat untuk mempelajari cara membuat kuih-muih Melayu daripada Mak Leha. Mujur Lisa (18) seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami pengajaran yang diberikan kepadanya. Apabila dia memerlukan bantuan, dia akan bertanya ibunya. Lisa sedar bahawa (19) dia akan membuat kesilapan kalau segan bertanya dan tidak akan mendapat kemajuan kalau segan berusaha. Setelah mahir membuat beberapa jenis kuih, Lisa pun membuat keputusan untuk menjual kuih muihnya untuk mendapatkan sedikit keuntungan. Keuntungan yang diraihnya itu tidak semua dibelanjakan kerana Lisa seorang remaja yang (20) sentiasa berhati-hati supaya tidak terpedaya dan habis harta. Lisa telah menyimpan sebahagian daripada wang itu di dalam bank untuk digunakannya apabila benar-benar perlu.
