Peribahasa 9

Danial memang seorang pelajar yang pintar dan baik. Namun keputusan ujiannya selalu kurang memuaskan akibat masalah keluarga yang sedang dihadapinya. Namun Cikgu Aisyah percaya bahawa Danial mempunyai kebolehan. Cikgu Aisyah mahu Danial berjaya. Ternyata gurunya itu (16)  seorang yang bijaksana yang mengetahui keelokan ilmu dan menghargai sifat yang mulia. Selain memberikan dorongan untuk Danial berjaya dalam pelajarannya, Cikgu Aisyah juga tidak lepas daripada memberikan kata-kata perangsang agar Danial tidak terus terjejas dengan masalah keluarganya. Danial masih marahkan bapanya yang kini masih ditahan di pusat pemulihan. Walaupun Danial  tahu (17) manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, berat untuk dia menerimanya.

 

Jelas lagi kisah dahulu di mana ayahnya memarahinya kerana kononnya Danial bergaul dengan budak-budak nakal. Ketika itu satu pergaduhan antara anak dengan bapa tercetus. Danial tidak dapat menerima teguran bapanya itu kerana pada Danial (18) tiada berguna menasihati orang lain , kalau kelakuan sendiri tidak sesuai dengan apa yang dinasihakannya itu. Pada Danial bapanya yang harus berhenti daripada bergaul dengan kawan-kawannya yang menyalahgunakan dadah! Ketika itu ibu Danial telah cuba sedaya upaya untuk menenangkan Danial (19) dengan perkataan yang lembut kerana perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah. Cikgu Aisyah tahu segala-galanya yang berlaku ke atas keluarga Danial. Beliau akur bahawa (20) sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri.  Cikgu Aisyah hanya mampu berdoa dan terus menjalankan tugasnya sebagai seorang guru kepada Danial dengan memberikan dorongan, inspirasi dan nasihat.