Teks 11_MY Copy
Sedang Iwan menunggu ayahnya di perhentian bas, dia ternampak sebuah dompet di bawah tempat duduk. Tidak ada orang lain di situ. Iwan mengambil dompet itu lalu membukanya.
“Ada banyak wang di dalam dompet ini,” kata Iwan.
Sedang Iwan memikirkan apa yang harus dilakukan, ayahnya tiba. Iwan memasuki kereta ayahnya lalu memberitahu apa yang dijumpai.
“Ayah, mari kita pergi ke balai polis segera. Iwan hendak serahkan dompet ini. Pihak polis akan mencari pemilik dompet ini dan Iwan berharap pihak polis dapat mengembalikan dompet ini kepada pemiliknya,” kata Iwan.
Encik Ismail tersenyum mendengar kata-kata Iwan. Dia berasa bangga terhadap anaknya. Tidak sia-sia dia mengasuh Iwan supaya bersikap jujur.
