Teks Pelbagai 6_MY Copy

BAHAN 1

Adnan serta dua orang kawannya telah menghantar borang untuk menyertai sebuah perkhemahan yang dikhaskan untuk murid-murid yang bakal menduduki PSLE. Mereka suka dengan aktiviti lasak dan berkhemah. Oleh itu, setelah mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing-masing, mereka ghairah untuk ke perkhemahan ini yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam di Taman Labrador. Hanya 50 murid sahaja yang boleh menyertai perkhemahan ini.

Selain daripada melakukan aktiviti lasak, mereka juga akan menyertai sesi mendalami teknik mengarang dan cara belajar dengan penggunaan melodi dan lagu. Oleh itu, perkhemahan ini amatlah sesuai untuk para pelajar darjah enam yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun (PSLE).

BAHAN 2