Y7MFL Kefahaman 1 Latihan 1 Foundation Malay

Aiman: Sibuk nampaknya, Nek Su! Apakah yang Nek Su sedang lakukan?

 

Nek Su: Oh, Aiman. Nek Su sedang melihat senarai para peserta yang mendaftar untuk kursus menjahit.
Aiman: Wah,seronoknya! Adakah mereka kanak-kanak seperti Aiman?
Nek Su: Tidak. Kelas ini diadakan khas untuk warga emas sahaja.
Aiman: Kalau Nek Su ikut serta kursus ini, bolehlah Nek Su jahitkan baju kurung Aiman untuk raya nanti.
Nek Su: Betul tu, Aiman! Nek Su inginĀ  mempelajari cara-cara menjahit pelbagai jenis pakaian. Manalah tahu, Nek Su boleh ambil tempahan baju musim raya nanti.
Aiman: Wah, bagus lah Nek Su! Kalau begitu, baik Nek Su daftar sekarang.
Nek Su: Boleh Aiman bantu Nek Su buat pendaftaran?
Aiman: Tentu boleh, Nek Su!