Y7MFL Kefahaman 1 Latihan 7 Foundation Malay

Fahmi: Adam, bukankah awak hendak ke perpustakaan bersama Zainal?
Adam: Ya, saya masih menunggu Zainal. Sudah hampir sejam saya menunggu tetapi dia masih belum tiba. Tadi, saya telah cuba menghubunginya di rumah. Ibunya berkata bahawa dia baru sahaja keluar rumah.
Fahmi: Telefon bimbit Zainal hilang di sekolah kelmarin. Sebab itulah dia tidak boleh menghubungi awak.
Adam: Bagaimanakah telefon bimbitnya  itu boleh hilang?
Fahmi: Ketika bermain bola di sekolah, Zainal meletakkan begnya di kantin. Dia sedar bahawa begnya terbuka selepas bermain bola. Dia mendapati bahawa telefon bimbitnya sudah tiada di dalam beg.
Adam: Patutlah saya nampak dia bergegas ke pejabat sekolah kelmarin. Saya harap telefon bimbitnya dapat dikembalikan dengan segera.
Fahmi:  Eh, itu pun dia. Kalau begitu, saya pulang dahulu ya, Adam.