Panduan Bacaan Lantang_MY
PANDUAN DAN PERIHAL LISAN SECARA MENYELURUH DARJAH 4
BAHAGIAN A: PANDUAN MEMBACA PETIKAN TEKS
Panduan ini terbahagi kepada 3 bahagian. Ayuh, ikutilah setiap panduan yang
Cikgu sertakan di buku ini untuk membantu kamu dalam menghadapi ujian atau
peperiksaan lisan kelak. Selamat maju jaya dan rajin-rajinlah berlatih ya! Yakin
kamu boleh!
A. BACAAN LANTANG
– Tip membaca petikan teks
– Fahamkan isi dan jalan cerita termasuk dialog (bacaan senyap)
– Senyum sebelum dan sesudah membaca agar awak kelihatan tenang
– Jangan kelam-kabut apabila membaca di hadapan guru
– Dengar arahan daripada guru sebelum mula membaca teks.
– Bacaan mesti lancar dan jelas untuk pendengaran guru sahaja
– Gunakan nada suara dan intonasi yang berbeza di setiap dialog atau teks (perhatikan tanda baca yang digunakan pada setiap dialog)
– Timbulkan suara watak-watak dengan kreatif dan berkesan
TEMA & KANDUNGAN PETIKAN TEKS BACAAN
Tema petikan biasanya berdasarkan tentang diri seseorang watak,aktiviti
bersama keluarga, hidup bermasyarakat, isu negara dan alam sekitar
Panjangnya di antara 80-100 patah perkataan
Lebih bersifat cerita yang mudah difahami isinya
Mengandungi sekurang-kurangnya satu hingga empat dialog daripada\
watak-watak yang berbeza
