Sample F5 : Morfologi – Kata Majmuk

TINGKATAN 5 : PEMBELAJARAN MINGGU KE-9

Morfologi – Kata Majmuk [8 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

  Disiplin murid dapat dibentuk seawal mereka memasuki alam persekolahan. Dalam memberikan tunjuk ajar kepada para murid di dalam kelas, guru-guru perlu menitikberatkan disiplin kerana aspek tersebut mempengaruhi kecemerlangan mereka dalam akademik dan sahsiah. Selain itu, ibu bapa perlulah cakna terhadap disiplin anak-anak mereka dalam tindak-tanduk ketika berada di rumah. Perkara ini penting kerana media cetak pada hari ini banyak memaparkan masalah disiplin dalam kalangan murid. Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini. 

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Disiplin Tinggak Kemenjadian Pelajar’

oleh Shahrul Daniel Frahan Abdul Razaki,

Dewan Siswa, Bil. 06/2019

 

Sample F5 : Morfologi – Kata Majmuk