Sample F5: Petikan Umum

TINGKATAN 5 : PEMBELAJARAN MINGGU KE-1

Petikan Umum [12 markah]
Bahan 1 

Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memperkenalkan banyak program yang melibatkan sekolah rendah dan menengah. Malah SPRM turut menubuhkan unit khas yang dikenali sebagai Cawangan Sekolah yang bertanggungjawab untuk mengelola program pendidikan pencegahan rasuah pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Cawangan ini mempunyai modul ceramah tersendiri dalam menyampaikan taklimat kepada murid. Malah modul tersebut terbahagi kepada Modul Sekolah Rendah, Modul Sekolah Menengah Rendah dan Modul Sekolah Menengah Atas. 

Antara objektif penubuhan Cawangan Sekolah Rendah dan Menengah termasuklah menerapkan nilai etika, integriti, pencegahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam kalangan murid; mendedahkan murid kepada program berbentuk diri beretika, berintegriti dan pencegahan rasuah melalui aktiviti kemasyarakatan di dalam dan luar sekolah; melahirkan murid sebagai agen penyebar mesej integriti dan pencegahan rasuah kepada warga sekolah dan masyarakat setempat; meningkatkan kesedaran warga sekolah dan masyarakat setempat tentang kepentingan mengamalkan nilai etika, integriti dan pencegahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan; dan meningkatkan perkongsian pintar antara SPRM dengan sekolah dalam usaha pencegahan rasuah. 

 

(Dipetik dan diubah suai daripada sumber Dewan Masyarakat, “Mampukah Sistem Akademik Memerangi Rasuah?”) 

Bahan 2

Sample F5: Petikan Umum