Sample S3 Golongan Kata
Tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
(1) apabila (2) bising
(3) kerana (4) langsir
(5) melaporkan (6) menghubungi
(7) pintu (8) sedang
(9) sunyi (10) tingkap
Raihan sedang menyelesaikan tugasan sekolah di dalam bilik. Malam itu sungguh (1)________. Kedua ibu bapanya tiada di rumah (2)________ menghadiri majlis kenduri. Sewaktu dia sedang menjenguk (3)________ biliknya, dia terlihat bayang seorang lelaki yang bertopeng hitam di luar pagar rumah jirannya. Lelaki tersebut (4)________ cuba memanjat pagar rumah Encik Lim.
Raihan segera mencapai telefon bimbitnya untuk (5)________ pihak polis. Setengah jam kemudian, polis pun tiba. Lelaki itu berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Apabila ibu bapa Raihan pulang, dia telah menceritakan kejadian tersebut kepada mereka. Ibu bapa Raihan berasa amat bangga di atas tindakannya.
