Sample S3 Kefahaman Objektif

Pakcik Dolah memberi Izhan dua ekor arnab. Arnab-arnab itu bernama Coco dan Popo. Izhan meletakkan mereka di dalam sebuah kandang. Kandang itu juga diberi oleh Pakcik Dolah. Arnab-arnab itu berwarna putih dan kelabu.
Pakcik Dolah berpesan kepada Izhan supaya menjaga arnab-arnab itu dengan baik.

Setiap pagi, Izhan membersihkan bulu arnab-arnab itu. Selepas itu, Izhan melepaskan kedua-dua ekor arnab tersebut ke halaman rumahnya. Arnab-arnab itu suka bermain di bawah pokok. Izhan juga akan bermain-main dengan arnab arnab itu selama satu jam setiap hari selepas menyelesaikan kerja sekolah.

Kandangnya pula dibersihkan setiap tiga hari. Izhan akan meletakkan kandang itu di tempat panas supaya cepat kering. Setiap minggu, ibu Izhan akan membeli empat batang lobak merah dan sekotak susu untuk arnab-arnab itu makan. Pakcik Dolah juga menasihati Izhan supaya menghantar mereka ke hospital haiwan jika arnab-arnab itu sakit.

Sample S3 Kefahaman Objektif